Ads Top

Remaja Lelaki 16 Tahun Menaiki Lori Lima Tan Ditahan Langgar Printah PKP


Dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang menaiki lori lima tan ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Alor Setar. Ketika ditahan pada 9.30 malam, seorang daripadanya memandu kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dua remaja itu antara lapan individu yang ditahan kerana ingkar PKP. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, kedua-duanya sudah berhenti sekolah dan sanggup menempuh perjalanan kira-kira 30 kilometer dari Kepala Batas di Jitra untuk ke Alor Setar.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.