Ads Top

PKP Bukan Penghalang Pasangan Suami Isteri Mencari Rezeki



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19, tidak menghalang pasangan suami isteri untuk terus mencari rezeki. Mohd Isa Che Arifin, 42, yang memiliki premis perniagaan mencetak kemeja-T dan cederamata di pusat bandaraya beralih bidang perniagaan dengan menjual keropok keping melalui dalam talian sejak awal bulan lalu.

Beliau yang dibantu isterinya, Zawati Sembok, 42, setiap hari tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan. Setiap hari, Mohd Isa dan Zawati membungkus keropok keping antara 100 hingga 200 kilogram yang ditempah pelanggan dan bekalan diperolehi daripada pengusaha makanan ringan. Mohd Isa berkata, minatnya untuk beralih bidang perniagaan tercetus selepas tempahan mencetak kemeja-T kurang, berikutan larangan PKP.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.